Sunday, October 12, 2008
Sunday, October 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
"BANGUNKAN SIKAP POSITIF & BINA KEJAYAAN"
ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana melayari blog ini, selamat berkenalan pada anda yang baru mengenali, selamat bertemu pada yang lama tidak bertemu. Apa khabar? Sihat walfiat hendaknya.
Saya telah mula menyampaikan ceramah di banyak tempat di seluruh negara sejak 15 tahun yang lalu. Dalam tempoh itu kamera sentiasa bersama. Menjadi kebiasaan bagi saya meminta penyelaras kursus atau salah seorang peserta meluang sekejap masa mengambil gambar ketika saya sedang memberi ceramah atau ketika mengendalikan bengkel atau aktiviti. Hasilnya beratus gambar telah terkumpul. Dalam tempuh itu terdapat juga yang tercicir hilang tersilap letak terutama ketika berpindah randah.
Kata bijak pandai sekeping gambar boleh mengingatkan kita kepada seribu cerita. Selama ini seribu cerita itu hanya tersimpan untuk diri saya sendiri. Terdapat bekas-bekas peserta kursus yang menghubungi saya bertanyakan gambar-gambar yang diambil bersama mereka.
Terima kasih kepada perkembangan sains dan teknologi yang telah meyediakan peluang dan ruang untuk kita menyimpan maklumat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga dapat dikongsi dengan orang lain. Gambar-gambar koleksi telah dapat disimpan di blog ini dengan lebih selamat. Saya dan anda dapat melihatnya di mana sahaja pada bila-bila masa dengan percuma. Kiranya muka anda ada kelihatan dalam gambar-gambar berkenaan ha tunggu apa lagi copy atau cut and paste atau printkan saja. Sekiranya anda ada menyimpan gambar kita bersama untuk disiarkan atau dikongsi dengan rakan-rakan lain dilaman blog ini hantarkan kepada saya, emailkan ke akademi.pd@gmail.com
Semoga gambar-gambar yang tertera di sini dapat mengembalikan ingatan dan kenangan, menemukan kita yang telah lama terpisah dan menyatukan semula silatulrahim kita.
Catatan :
Buat masa ini saya menjadi kolumnis di majalah SUKSES dan majalah POTENSI. Belilah majalah berkenaan untuk membaca pendapat dan pandangan saya atau layarai laman web majalah berkenaan ( http://www.sukses.my/ dan http://www.potensinetwork.com/ ) yang kadang-kadang ada menyiarkan tulisan saya. Saya juga menjadi Penulis Tamu BPU MARA di Buletin Wawasan Laluan Jutawan, sila layarai laman web http://www.mara.gov.my/
Akhir sekali jangan lupa membaca buku –buku saya (sekadar berkongsi idea), buku Siri Motivasi Potensi Diri iaitu buku JANJI DIRI POSITIF, buku POTENSI DIRI dan buku MENJAGA PERASAAN. Untuk sinopsis sila layarai laman web http://www.mypotensi.com/
SEKIAN. TERIMA KASIH. JUMPA LAGI. WASSALAM.