MOTIVASI POTENSI DIRI

"BANGUNKAN SIKAP POSITIF & BINA KEJAYAAN"

Thursday, December 4, 2008

Panel Penilai Anugerah Kualiti MARA 2005


Posted by Alias Hj Muda at 11:52 PM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Pelawat

Hit Counters
LINK KE akademipotensidiri.blogspot.com

MY POTENSI

My photo
Alias Hj Muda
AMPANG, SELANGOR, Malaysia
Sila ke laman web www.mypotensi.com dan www.motivasipotensidiri.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Email: akademi.pd@gmail.com
View my complete profile

Salam Pengenalan

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana melayari blog ini, selamat berkenalan pada anda yang baru mengenali, selamat bertemu pada yang lama tidak bertemu. Apa khabar? Sihat walfiat hendaknya.

Saya telah mula menyampaikan ceramah di banyak tempat di seluruh negara sejak 15 tahun yang lalu. Dalam tempoh itu kamera sentiasa bersama. Menjadi kebiasaan bagi saya meminta penyelaras kursus atau salah seorang peserta meluang sekejap masa mengambil gambar ketika saya sedang memberi ceramah atau ketika mengendalikan bengkel atau aktiviti. Hasilnya beratus gambar telah terkumpul. Dalam tempuh itu terdapat juga yang tercicir hilang tersilap letak terutama ketika berpindah randah.

Kata bijak pandai sekeping gambar boleh mengingatkan kita kepada seribu cerita. Selama ini seribu cerita itu hanya tersimpan untuk diri saya sendiri. Terdapat bekas-bekas peserta kursus yang menghubungi saya bertanyakan gambar-gambar yang diambil bersama mereka.

Terima kasih kepada perkembangan sains dan teknologi yang telah meyediakan peluang dan ruang untuk kita menyimpan maklumat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga dapat dikongsi dengan orang lain. Gambar-gambar koleksi telah dapat disimpan di blog ini dengan lebih selamat. Saya dan anda dapat melihatnya di mana sahaja pada bila-bila masa dengan percuma. Kiranya muka anda ada kelihatan dalam gambar-gambar berkenaan ha tunggu apa lagi copy atau cut and paste atau printkan saja. Sekiranya anda ada menyimpan gambar kita bersama untuk disiarkan atau dikongsi dengan rakan-rakan lain dilaman blog ini hantarkan kepada saya, emailkan ke akademi.pd@gmail.com

Semoga gambar-gambar yang tertera di sini dapat mengembalikan ingatan dan kenangan, menemukan kita yang telah lama terpisah dan menyatukan semula silatulrahim kita.

Catatan :

Buat masa ini saya menjadi kolumnis di majalah SUKSES dan majalah POTENSI. Belilah majalah berkenaan untuk membaca pendapat dan pandangan saya atau layarai laman web majalah berkenaan ( http://www.sukses.my/ dan http://www.potensinetwork.com/ ) yang kadang-kadang ada menyiarkan tulisan saya. Saya juga menjadi Penulis Tamu BPU MARA di Buletin Wawasan Laluan Jutawan, sila layarai laman web http://www.mara.gov.my/

Akhir sekali jangan lupa membaca buku –buku saya (sekadar berkongsi idea), buku Siri Motivasi Potensi Diri iaitu buku JANJI DIRI POSITIF, buku POTENSI DIRI dan buku MENJAGA PERASAAN. Untuk sinopsis sila layarai laman web http://www.mypotensi.com/

SEKIAN. TERIMA KASIH. JUMPA LAGI. WASSALAM.

SILA LAYARI

SILA LAYARI
www.mypotensi.com

SIRI MOTIVASI POTENSI DIRI

SIRI MOTIVASI POTENSI DIRI

Album Gambar Motivasi Potensi Diri

Album Gambar Motivasi Potensi Diri
KLIK logo PICASA diatas untuk muat turun dan lihat keseluruhan gambar

BIODATA


Alias Haji Muda lahir di Kuala Trengganu. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Senilukis Senireka UiTM & Diploma Pendidikan Seni UiTM.

Alias bergiat cergas (melalui penulisan, ceramah dan perundingan) dalam empat bidang ilmu iaitu Pendidikan, Kesenian, Motivasi dan Keusahawanan. Mula menulis sejak awal 1980’an menggunakan nama pena Alias H.M. Pandangan-pandangan beliau ketika itu mengenai pendidikan, pernah tersiar di akhbar-akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, di Majalah Mastika, Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya.

Alias Hj Muda adalah Ahli Majlis Pengurusan Creativity and Innovation Club (CIC) Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI), Ahli berdaftar Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS), Memiliki Sijil-Sijil Kejurulatihan Sijil Kejurulatihan Bina Negara (1993), Sijil Training Needs Analysis (TNA) MARA (1997), Sijil Training of Trainers (TOT) Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) MARA (1998), Sijil Training of Trainers (TOT) MARA (1999)

Pernah menjadi Jurulatih Sambilan Kem Bina Negara (1993 - 1994), Pensyarah Sambilan Motivasi di Autodesk Training Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur (1999 – 2001).

Pernah dilantik oleh PPK Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ahli Jawatankuasa Petugas Menggubal Sukatan Pelajaran KBSM, oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai penggubal soalan dan pemeriksa kertas jawapan di peringkat STPM Menjadi penulis bersama buku-buku Panduan Guru Pendidikan Seni KBSM Menengah Rendah Tingkatan I – III (DBP 1990) Panduan Guru Pendidikan Seni KBSM Menengah Atas Tingkatan IV – V (DBP 1990) Dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Ahli Jawatankuasa Istilah Kesenian DBP dan Menjadi penulis bersama buku Glosari Seni Lukis (DBP 1993).

Pernah mengendalikan Kursus-kursus keusahawanan MARA seperti Latihan Pembentukan Usahawan (LPU), Program Usahawan Teknikal (PUTEK), Program Usahawan Tunas MARA (PUTRA) Program Usahawan Muda (PUM) dan lain-lain. Panel temuduga/panel forum/penceramah/pemudahcara/penyelaras kursus-kursus keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS), Latihan Asas Perniagaan (LAP) Kakitangan Kerajaan

Pernah dilantik menjadi Hakim Pertandingan Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Nasional 2000 Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Usahawan 2002 Oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Hakim Pertandingan Rancangan Keusahawanan Sekolah-Sekolah Menengah Selangor anjuran KUTPM 2002 Panel/penulis bersama “Manual Entrepreneur Key Success Factor” Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian Malaysia (2003). Penceramah/pemudahcara program Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) dan Kursus Asas Keusahawanan Siswazah (KAKS) anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan beberapa buah IPTA sejak 2004 hingga sekarang.

Pernah menjadi Ahli Panel Forum Siswa Pesta Konvo Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2004, Pembentang kertas kerja dibeberapa seminar keusahawanan seperti Seminar Keusahawanan Karnival Usahawan IPTA 2004 anjuran MECD /UTM di Johor Bharu, di Seminar Program Karnival Kerjaya 2005 Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) Kuala Terengganu di Seminar Keusahawanan Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur ( KLIUC) 2006 di Seminar Inkubator Teknikal IKM/KKTM di IKM Lumut 2006 dan di Seminar Keusahawanan Bakal Graduan KPM Indera Mahkota Kuantan Pahang 2007

Pernah dilantik menjadi Penceramah/pemudahcara Program Entrepreneuship Awareness 2005 Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA di semua Kolej Profesional MARA Kursus Asas Keusahawanan Siswa 2008 Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA Pakar rujuk/nazir/penceramah/pemudahcara Program For Individual Career Development (PRIDE) Yayasan Pelajaran MARA (YPM) 2006 modul Self-Employment & Entrepreneurship Penceramah/pemudahcara Bengkel Keusahawanan Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2007 Ahli Panel Penyediaan Draf Pelaksanaan Production Based Education (PBE) di Malaysia Jabatan Pembangunan Kemahiaran (JPK)(2007). Ahli Panel round-table discussion Succeding As Global Entrepreneurs – Strategies for Collaboration untuk Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2007)

Penulis Kertas Cadangan (2005) Mewujudkan Komiti Pembangunan Koperasi dan Usahawan Muda (KOPUM) Penulis Kertas Cadangan (2006) Pelaksanaan Program Inkubator Teknikal di IKM/KKTM Penulis Kertas Konsep (2008) Pelaksanaan Pembudayaan Keusahawanan Melalui Koperasi Sekolah Di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Alias pernah dilantik sebagai Panel Penilai Anugerah Kualiti MARA 2005 Panel Penilai Anugerah Kualiti MARA 2007 Panel Penilai Persembahan PTK Pegawai Gred 44 Pelbagai MARA 2007 Panel Penilai Persembahan PTK Pegawai Gred 44 Pelbagai MARA 2008 .

Dilantik oleh MECD melalui INSKEN sebagai Panel Hakim Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Nasional 2008 Dilantik oleh ANGKASA sebagai Panel Penilai Pertandingan Koperasi Sekolah Terbaik 2008. Dilantik oleh MECD sebagai salah seorang Perunding Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Koperasi Negara 2008/2009. Dilantik oleh TEKUN Nasional sebagai salah seorang Perunding Latihan Kejurulatihan Pegawai TEKUN Nasional 2009.

Alias merupakan Pengasas Motivasi Potensi Diri Modul Motivasi Potensi Diri telah digunakan didalam kursus-kursus Motivasi Umum dan Motivasi Keusahawanan yang dikendalikan.

Sejak 1994 beliau telah mengendalikan beratus kursus/ceramah Motivasi kepada Usahawan/bakal usahawan, ibu bapa, guru dan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pusat matrikulasi, pusat pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar universiti, guru pelatih maktab perguruan, kakitangan jabatan kerajaan dan swasta, syarikat jualan langsung, syarikat kenderaan, kesatuan sekerja, persatuan belia, persatuan wanita/ibu tunggal, pesara/bakal pesara, pemandu teksi/bas, penyelia/pekerja kilang, penghuni rumah anak-anak yatim, penagih dadah, golongan kurang upaya (OKU), golongan istimewa (cacat penglihatan) dan tahanan di Penjara Kajang. Dijemput memberi ceramah motivasi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Seri Medan, Batu Pahat Johor (2007).

Alias aktif menulis, menjadi Penulis Undangan/Kolumnis di Majalah AKADEMIK (1994 - 1997), di Majalah CINTA (1997), di Majalah USAHAWAN M’SIA (2000), di Majalah FAMILI (2001 - 2005), di Majalah MEDIA USAHAWAN (2004 – 2006), di Majalah PEREMPUAN (sejak 2005), di Majalah BISNES (2007), Majalah SUKSES (2008) dan di Majalah POTENSI (2008). Penulis tamu Buletin Wawasan Laluan Jutawan BPU MARA (2007-2008). Penulis buku-buku Janji Diri Positif (2006), buku Potensi Diri (2007) dan buku Menjaga Perasaan (2007).

Alias pernah menjadi tetamu di radio dan televisyen Radio Tujuh rancangan ’Tetamu’ dan rancangan ’Jalan Baru’. Radio Satu secara langsung dalam rancangan’Era Jaya’ dan rancangan ‘Motivasi Bersama RTM dan RTB Brunei’ Radio24 rancangan ‘Bual Bicara’ TV3 rancangan Teleskop, ASTRO RIA rancangan ANITA dan RTM TV1 rancangan ‘Selamat Pagi Malaysia’ slot Titian Jaya.

Alias Haji Muda adalah Pengasas/Pengarah/Master Trainer AKADEMI POTENSI DIRI Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui http://www.mypotensi.com/ & http://www.motivasipotensidiri.blogspot.com/
Email :akademi.pd@gmail.com
No HP : 012 - 3200589


Followers

Blog Archive

  • ►  2009 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (3)
  • ▼  2008 (22)
    • ▼  December (1)
      • Panel Penilai Anugerah Kualiti MARA 2005
    • ►  November (9)
    • ►  October (11)
    • ►  August (1)